Khamis, 3 Disember 2009

MAJLIS GOTONG ROYONG TAMAN IMPIAN PUTRA

Kepada,

Semua Penduduk,
Taman Impian Putra,

Perkara :MAJLIS GOTONG ROYONG TAMAN IMPIAN PUTRA

Tarikh / Hari : 6hb Disember 2009 (Ahad)

Masa : 9 pagi

Tempat Bekumpul : Gelanggang sepak takraw , TIP

Sehubungan dengan itu , semua penduduk adalah dijemput hadir untuk sama-sama berkongsi tenaga & meluangkan masa membersihkan kawasan taman disertai aktiviti menanam pokok buah-buahan untuk menghijaukan lagi kawasan kita ( Sila bawa peralatan yang berkaitan dari rumah memasing)

Jamuan di sediakan..

Selasa, 24 November 2009

Solat Aidiladha 2009 di Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra


Assalammualaikum..
Pengumuman kepada semua Penduduk-Penduduk TIP yang tak balik kampung ... Solat Sunat Hari Raya Korban 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H akan di adakan pada masa berikut:

Tarikh :27 November 2009 (Jumaat)
Masa :8.30 Pagi
Bertempat : Di Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra

Di jemput semua ahli qariah yang tidak balik ke kampung, boleh lah menunaikan kewajipan anda di Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra Bangi . Insyaallah

Ahad, 27 September 2009

Klip sempena pembinaan surau Al-Ikhlas

Sila Klik klip pembinaa surau Al-Ikhlas

Khamis, 24 September 2009


Salam Aidilfitri buat warga Taman Impian Putra Bangi..


Salam Aidilfitri buat semua penduduk Taman Impian Putra Fasa 1 dan 4 yang beragama Islam, sempena Syawal ini pihak Jawatankuasa penduduk Fasa1 dan Jawatankuasa Penduduk Jalan 3 Fasa 4 Taman Impian Putra mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Selasa, 11 Ogos 2009

MASIH MENGEKALKAN MOMENTUM TANPA KALAH.PADANG EMERIATE TIP -



2 Ogos 2009
MENGEKALKAN momentum tanpa kalah dalam perlawanan 3 kali berturut-turut menjadi penanda aras kepada pasukan TIP FC bahawa Pasukan ini perlu diambil perhatian oleh pasukan lawan. Walaupun rata-rata pemain berumur 30an tetapi masih bertenaga, diperkukuhkan oleh pasukan pelapis TIP FC iaitu pemain yang di bawah umur 18 tahun. Sebentar tadi pasukan TIP menjadi tuan rumah kepada pasukan Taman Delima Kajang.Pasukan pelawat yang awal sampai di Padang Emeriate TIP lebih bersedia dalam perlawanan petang ini. Tepat jam 5.45 petang wisel ditiup untuk sepak mula. Perlawanan seimbang dan banyak gerakan-gerakan bahaya di kedua belah pihak namun satu sepakkan percuma dari arah kanan pintu gol TIP meloloskan bola melalui perangkap offside yang tidak menjadi pertahanan TIP yang menghasilkan gol pertama pasukan pelawat mendahului dihadapan 1-0.Separuh masa kedua dengan kehadiran pemain muda menghiasi padang Tip memberi oksigen kepada pasukan TIP. Memandangkan pasukan dibawah arahan Matmbung gerakan-gerakan bahaya terhasil di minit ke 25 separuh masa kedua iaitu hasil lorongan Macha di sebelah kiri sayap Tip menghantar silang kepada jentera serangan Zack dan merembat kencang dengan gol penyamaan terhasil 1-1. Penyokong-penyokong yang datang ke Stadium emeriate TIP semakin bertambah. Perlawanan semakin sengit namun hingga wisel terakhir tiada penambahan jaringan dan berkesudahhan 1-1. - BERNAMA
more pics :

LAPORAN JENAYAH BANDAR SERI PUTRA TERBARU

Semua Penduduk Yang Dihormati,
Maklumat untuk dikongsi bersama mengenai kejadian pecah masuk rumah di Semi-D, Jalan 6/6, Bukit Mahkota pada hari Sabtu, 01 Ogos 2009 dengan memecah masuk melalui tingkap belakang dan mencuri barang-barang kemas dan barang-barang lain berulang lagi di rumah yang sama pada hari ini, 05 Ogos 2009 lebeh kurang jam 11.00 pagi dengan memecah masuk rumah melalui pintu kayu hadapan. Tuan rumah yang baru balik dari kedai ternampak sebuah kereta Toyota Avanza nombor daftar WMN 2346 berwana kehijauan beredar dari depan rumahnya dan beliau mengesyaki sesuatu lalu mengekori dan mengejar kereta tersebut yang menghala keluar kepersimpangan Bukit Mahkota. Saspek 1 perempuan dan 2 lelaki yang menyedari kereta mereka diekori sejak awal tadi lalu memecut dan berpatah balik masuk semula ke Bukit Mahkota dan menghala keluar melalui Pos Kawalan belakang Bukit Mahkota dan hilang di dalam kawasan perindustrian Nilai. Barang yang dicuri adalah sebuah Laptop.
Dalam masa yang sama, mangsa telah memaklumkan kepada Polis Nilai dan Polis Seremban untuk mengesan penjenayah ini. Kita berharap saspek dapat dikesan dan ditangkap kerana penyangak-penyangak ini selagi bernyawa akan terus mengancam orang ramai di mana jua yang disukainya. Polis mempercayai saspek adalah sama dengan kes kereta Persona TAR 5995 (1 perempuan dan 2 lelaki) yang telah memecah masuk rumah di Jalan SP 3/3 pada 07 Jul 2009. Penyangak ini memang mengiat aktif memecah masuk rumah di BSP dan Bukit Mahkota dengan Mondus O perandi yang sama iaitu bertukar-tukar kereta.
Kepada yang ternampak, terdengar atau mendapat maklumat kereta WMN 2346 berada di kawasan BSP atau di mana jua hendaklah segera memberitahu Polis Bangi ditalian 038925 8222. Sila sebarkan maklumat ini kepada semua rakyat skim masing-masing.

Oleh Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB

Jumaat, 7 Ogos 2009

Sambutan Ulangtahun Surau Al-Ikhlas





8 Ogos 2009
9.00 pg
5.00 ptg
Pameran (dari Badan dan agensi Kerajaan, Swasta & NGO)
Tempat Letak Kereta, Surau Al-Ikhlas, TIP
(Sabtu)


9.00 pg
5.00 ptg
Perkhidmatan Kaunter Informasi/ Perancangan Kewangan PNB
Tempat Letak Kereta, Surau Al-Ikhlas, TIP

9.00 pg
2.00 ptg
Pemeriksaan Kesihatan Percuma (tajaan Takaful Ikhlas)*
Tempat Letak Kereta, Surau Al-Ikhlas, TIP

9.00 pg
5.00 ptg
Gerai Jualan
Tapak Tadika, (Bersebelahan Surau Al-Ikhlas)

9.00 pg
10.00 pg
Taklimat daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

10.15 pg -11.15 pg
Ceramah daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

11.30 pg-12.30 tgh
Ceramah daripada Amanah Raya Berhad (ARB)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

12.40 tgh-1.30 tgh
Ceramah daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

1.30 ptg-1.45 ptg
Solat Zohor


2.00 ptg-3.00 ptg
Ceramah Kesihatan
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

3.15 ptg-4.30 ptg
Ceramah Motivasi untuk pelajar sekolah
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

- Bersama Anak-Anak Yatim


4.45 ptg-5.00 ptg
Solat Asar

7.30 ptg-7.45 ptg
Solat Maghrib

7.50 ptg-9.00 mlm
Ceramah Agama - oleh Prof. Madya Dr. Mohd Arip bin Kasmo
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

Pensyarah Pusat Pengajian umum UKM


9.00 mlm-9.15 mlm
Solat Isyak

9.15 mlm

Jamuan Makan & Bersurai








Rabu, 29 Julai 2009

IMPIAN PUTRA F.C KONSISTANT






oleh MAZIDUL AKMAL SIDEK 999 TV3


STADIUM PAVILION UKM -25 Julai 09

AKHIRNYA satu kemengan lagi dijelmakan oleh skuad Impian Putra FC apabila dapat membalas kekalahan lepas dengan membenam pasukan PTMUKM dengan jaringan tipis 1-0, dari awal lagi menyaksikan sentuhan gemilang pemain-pemain TIP dengan kawalan bola yang menarik terutama dari bahagian belakang pasukan iaitu permain pertahanan, berbadan sasa dan walaupun bebanan di perut melebihi muatan namun tetap memberikan komitmen yang tinggi dalam perlawanan kali ini di separuh masa pertama serangan demi serangan di lakukan oleh pihak lawan namun kekentalan pemain pertahanan TIP yang terdiri dari otai-otai melemahkan pasukan lawan dalam mengatur strategi jentera serangan mereka. Pemain penyerang seperti Nizam fasa1 tampak bergaya mengawal bola namun setiap pergerakan terbatas apabila sentiasa kehilangan bola di kaki. separuh masa pertama berkedudukan 0-0.Di separuh masa kedua rombakan secara besar-besaran di lakukan oleh Accelloti Catkekapor apabila mengeluarkan habis pemain di separuh masa pertama menggantikan dream team 2nd. Beliau agak berpuashati apabila melihat anak buahnya bermain seperti skuad diseparuh masa pertama bermakna ada 2 team yang boleh dihantar ke Champion League kelak iaitu Team Impian Putra team A & team B. Man of the match ialah pemain yang baru saja di beli dengan harga 7.9 juta Rupiah iaitu abe..pemain pertahanan termasuk Tuan Dobi (siapa namanya alahai dah lupa) adik Nizam, Dan dan beberapa pemain baru dan semuda usia anak bang nuar dengan abg nuar sekali (TIP anak beranak) bermain di separuh masa kedua. Di minit ke 69 satu hantaran pendek dari bawah iaitu abe terus ke snakatak dan lorongan cantik dari (siapa ntah sori kalau pemberita lupa nama) pakai jersi no 11 ke anak abg din iaitu saudara wan jersi no 7 terus merembat bola dari tengah hasil nya goollllllllll.. sehingga ke minit akhir PTMUKM menukar taktik menaikan pemain sayap nya yang laju iaitu saudara Yoep namun tersekat dek kekabalan benteng pertahan TIP F.C dan berakhir dengan kemenangan di tempat lawan 1-0. BERNAMA

Isnin, 13 Julai 2009

Surat Penghargaan Untuk semua dari AJK Surau Al-Ikhlas TIP


Merujuk kepada tajuk di atas ini adalah surat penghargaan untuk semua yang menjayakan surau AL-IKHLAS ini .Ucapan ribuan terimakasih yang tak terhingga kepada mereka yang menjayakan projek ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah merahmati sekelian di dunia mahupun di akhirat. Sekian Terimakasih.

Sabtu, 11 Julai 2009

PEMBUKAAN RASMI SURAU AL-IKHLAS TAMAN IMPIAN PUTRA BANGI SEL D.E







BANGI 2 JULAI 09 -"Ku mohon pada mu ya allah agar di berikan sebuah madrasah untuk kami sama-sama bersembahyang dan beribadah kepada mu ya allah, perkenankanlah doa kami dan berikanlah kami kekuatan , permudahkanlah usaha kami untuk membina tempat suci mu ya allah agar iman dan ukwah kami sentiasa di lindungi oleh mu, serta keluarga, bangsa dan agama."

Setelah projek ini berjalan lebih dari 6bulan yang lalu akhirnya terbinalah surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra hasil dari kerjasama ahli Qariah dan orang perseorangan yang memberi bantuan dari segi usaha dan wang ringgit. Pemberian sumbangan dan wakaf surau juga merupakan salah satu kecepatan projek ini berjalan sehingga terbinanya Surau untuk semua tidak kira dari mana tempat tinggal terutamanya di Bandar Sri Putra ini.

Oleh itu pembukaan rasmi surau telah di lansungkan pada 2 Julai 09 yang lalu bermula dengan Solat Maghrib, bacaan Yassin ,tahlil, Solat hajat dan syukur serta Solat Isyak. Para hadirin juga di hidangkan dengan juadah yang telah disediakan oleh ahli-ahli qariah. Terima kasih kepada penduduk-penduduk Putra Villa, Pangsapuri Sri Mawar, Putera Teres dan lain-lain yang hadir pada malam itu kerana kesudian hadir di Majlis ini.
Dengan adanya Madrasah ini agar ukwah dan silatulrahim lebih erat diantara penduduk dan ahli qariah. Tentunya dapat memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk di sekitar Taman Impian Putra dan kawasan kejiranan TIP.

Isnin, 29 Jun 2009

Aktiviti membersikan dan mengemas surau Al-Ikhlas









28 Jun 2009-
Surau Al-ikhlas telah pun dipasangkan karpet dan usaha-usaha membersihkannya telah pun di jalankan pada malam 28 jun yang lalu ..Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Berikut foto aktiviti pada malam itu.

Perlawanan Persahabatan Impian Putra FC vs Pusat Teknologi Maklumat UKM











STADIUM PAVILION UKM-27 JUN 09

Pasukan Bolasepak Impian Putra bermain buat julung kalinya berhadapan dengan pasukan Kelab kakitangan Pusat Teknologi Maklumat UKM Sabtu lalu di padang UKM. Perlawanan ini adalah perlawanan pembukaan untuk Impian Putra FC, sememangnya bermain untuk beriadah di samping merapatkah ukwah antara penduduk Taman Impian Putra dan menjaga kesihatan dengan besukan. Pemainan pada separuh masa pertama seimbang namun ketinggalan 2-1, di babak kedua Impian Putra FC tertekan dengan asakan pemain-pemain muda KKPTM akibatnya keduri gol dengan 4 gol dihasilkan oleh pasukan KKPTM dan berkesudahan dengan 1-6. Namun begitu ini baru permulaan, banyak star2 tak turun membarisi Team ini diaharapkan semoga sesiapa yang berhajat nak wakil Taman sila lah datang sekiranya ada perlawanan-perlawanan lain. " Saya amat berbangga dengan Team yang baru dibentuk ini kerana game possesion memang kami yang menang, maklumlah baru main tak tahu macam mana skill masing-masing so keepid up", ulas ketua Pasukan My Impian Putra FC.

Kepada sesiapa yang berminat untuk perlawanan persahabatan boleh lah menghubungi Pengurus pasukan MY IMPIANPUTRA FC saudara Shahrizal 0193512241


Ahad, 24 Mei 2009

SAMBUTAN ULANGTAHUN PERTAMA SURAU AL-IKHLAS TAMAN IMPIAN PUTRA BANGI, SEL






















Assalammualaikum..


Kepada Penduduk Taman Impian Putra bersyhukur kita hadarat Allah kerana pada bulan Ogos nanti Pihak Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra akan mengadakan Ulangtahun pertama seterusnya perasmian surau yang sama-sama kita bangunkan ini. Oleh itu pihak AJK surau akan mengadakan berbagai-bagai aktiviti sempena Majlis itu pada Bulan Ogos 2009 nanti. Antara aktiviti yang menarik ialah :



1 hb Ogos 2009



Selepas Solat Maghrib


- Mini Qiamulail


- Sembahyang sunat Tasbih dan Hajat


- Ceramah Agama oleh Ustaz Dr. Badrul Amin



8 hb Ogos 2009


Aktiviti Pameran dan kesihatan Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra Bangi.


Pagi : Berkampung di surau aktiviti merewang


Petang : - Menjemput Anak-anak yatim dari Nur Ezah Sg Merab.


-Mengadakan Boot atau kaunter untuk Permodalan Nasional Berhad (PNB)


- Kaunter Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .


- Sesi menderma Darah.




Malam: - Ceramah Agama oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah ( ASTRO OISIS )



Pihak AJK Surau Al-Ikhlas menjemput khususnya penduduk Taman Impian Putra, Bandar Sri Putra serta kawasan-kawasan yang berdekatan untuk hadir ke Majlis Ulangtahun Surau Al-Iklhas Taman Impian Putra. Sekian Terima Kasih.
































Khamis, 7 Mei 2009


Keahlian Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra
« on: May 05, 2009,

Keahlian Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra

Assalamualaikum,

Saya pasti tuan/puan ada menerima Surat Pekeliling mengenai Badan Khairat Kematian. Apa yang pasti kematian bukanlah boleh diramal oleh itu saya menyeru pada semua penduduk Taman Impian Putra untuk menyertai Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas , Taman Impian Putra dengan mengisi borang dan membayar RM20 bagi satu keluarga untuk satu tahun. Badan Khairat ini bertujuan untuk meringankan beban pada para Qariah yang sedang dilanda musibah dengan memberi anggaran bantuan khairat kematian seperti :

1. Pengurusan Kubur RM325
2. Kain Kafan RM200
3. Papan RM150
4. Kereta Jenazah RM100
5. Mandi Jenazah RM100
6. Belanja Tambahan Rm125

Penerangan Lanjut, serahan borang dan pembayaran atau sekiranya berlaku kematian tuan/puan boleh menghubungi :

1. Abd Rasyid Mohamed (Pengerusi Surau) - 019-384 6522
2. Mohd Suhaimi Yaakub (Tim.Pengerusi Surau) - 019-3142306
3. Mohd Norizam Tomirin (Bendahari Surau) - 019-3894044
4. Fauzi (AJK Khairat Kematian) - 012-3162246
5. Aminuddin A.Rahman (AJK Khairat Kematian) - 013-3387795

Ini semua bagi menghasilkan kesedaran bahawa kita semua akan mati sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).

( Catatan AJK penerangan surau Al-ikhlas oleh En.Anuar)

Khamis, 23 April 2009

Progress Taman Impian Putra Fasa 6








Progress Taman Impian Putra Fasa 6 dalam pembinaan. Jenis Rumah Melati dan Lily dan Rossy. "Macam saya dulu, salesman memang terangkan perbezaan type Melati, Lily dan Rossy selepas kami bertanya......dia juga tunjuk model ketiga2 jenis rumah. Dia juga ada cakap colour Melati akan cat calour pink....... Oleh kerana masa tu tinggal type Melati je..... so kami ambil juga la" kata saudara Nizam yang juga merupakan salah seorang penghulu dalam forum Putra-mahkota.com . Pembinaa yang telah siap adalah sebanyak 70 % dan mungkin boleh diduduki akhir tahun 2009 ini
kiriman snakatak (ehsan gambar nick name putra-mahkota.com :nizam)


Kejohanan Badminton Antara Taman Bandar Seri Putra 2009


Sebagaimana amalan biasa penganjuran Sukan tahunan, tahun ini Kejohanan Sukan Antara Taman2 Bandar Seri Putra anjuran Kelab Sukan Bandar Seri Putra dengan kerjasama semua Persatuan Penduduk akan dimulakan dengan Kejohanan Badminton yang dicadangkan seperti berikut :Tarikah : 16hb Mei 2009 (Perlawanan2 Pusingan Awal) -17hb Mei 2009(Perlawanan Separuh Akhir& Akhir)Tempat : Komplek Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi

Masa : Jam 8 pagi - petangTunggu maklumat lanjut dari Biro Sukan Kelab selepas ini sambil2 itu semua Persatuan Penduduk apa tunggu lagi siapkan Pasukan anda untuk kejohanan ini. Biro Sukan Kelab Sukan Bandar Seri Putra


Masej Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Putra


Assalammualaikum wbrt. dan Selamat Sejahtera.

Kepada penduduk Taman Impian Putra, Bangi yang saya hormati dan kasihi. Saya berharap dan berdoa kepada Allah swt semoga seluruh penduduk Taman Impian Putra, Bangi di dalam keadaan sihat dan ceria selalu disamping keluarga, jiran-jiran dan sahabat-handai.

Alhamdulillah, dengan usahasama serta kerjasama Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 4, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas dan penduduk, dapatlah Persatuan Penduduk Taman Impian Putra menjalankan aktiviti pertamanya iaitu Majlis Gotong-Royong pada 19 hb. April 2009 iaitu pada hari Ahad yang lalu. Dengan penyertaan yang ramai daripada penduduk pada majlis tersebut, dapatlah kita sama-sama membersihkan longkang-longkang dan sampah sarap di taman kita supaya kelihatan bersih dan cantik. Selain dari itu, kita juga dapat mencegah nyamuk aedes dari membiak dan sekaligus menghapuskan penyakit demam denggi di taman kita ini. Dengan adanya majlis seperti ini, dapatlah seluruh penduduk Taman Impian Putra berkerjasama dengan menyumbangkan tenaga serta meluangkan masa dan dapatlah berkenalan antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim sesama kita.

Di kesempatan ini, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Impian Putra ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan penduduk, Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 4 dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas di Taman Impian Putra ini. Saya juga berharap agar kerjasama ini akan berterusan pada aktiviti-aktiviti yang akan pihak persatuan jalankan pada masa yang akan datang.

Sekian, salam hormat dari saya.

Wassalam.

”PENDUDUK BERSATU, MASYARAKAT CEMERLANG”

Yang menjalankan tugas,

Md Khair Bin Arbaeen
Pengerusi,
Persatuan Penduduk Taman Impian Putra,
43000 Bangi, Selangor.

update by snakatak

Selasa, 21 April 2009

Aktiviti gotong-royong Persatuan Penduduk Tmn Impian Putra

BANGI 19 April 09 - Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Bangi telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari Ahad 19 April 2009 baru-baru ini. Ini adalah merupakan aktiviti yang pertama selepas pemilihan pucuk pimpinan yang baru dalam Mesyuarat Persatuan Penduduk Taman Impian Putra yang julung kalinya berlangsung March lalu. Lebih kurang 80 orang hadir dalam majlis ini datang dengan membawa peralatan-peralatan perang sama-sama membersihkan longkang dan membina tangga dari Putra Villa hingga ke belakang surau yang dalam pembinaan itu. Terdapat juga ahli TIP fasa 1 yang mengembeling tenaga membersihkan parit di sekitar TIP Fasa 1. Turut mengambil bahagian Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas yang Pengerusinya Hj Abd Rashid, Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk TIP Fasa 4 dan Jawatankusa Induk Persatuan Penduduk TIP yang diketuai saudara Khir. Majlis bersurai jam 2.30 Petang . Sila lihat laman web bergambar di alamat ini : http://picasaweb.google.com/impianputra/AktivitiGotongRoyong#

Sekian dulu laporan dari Bob Snakatak -

Rabu, 1 April 2009

"Perhatian Untuk Semua Warga Bandar Seri Putra"
Dari Putra-Mahkota.com Oleh snakatak
Salam sejahtera buat semua warga BSP.
Sila hebahkan kepada semua penduduk mengenai sebuah kereta jenis PROTON ISWARA BERWARNA KELABU, NOMBOR DAFTAR WNN 9430 dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan bertudung melayu. Suspek dikehendaki kerana menjalankan aktiviti pecah rumah.
WNN 9430 didaftarkan oleh Normasita bte Md Sharif, IC no 690506106648, alamat - no 17, jln muhibbah 9, Tmn Muhibbah, 43000, Kajang Selangor ,khabarnya kereta itu telah hilang dari owner yang namanya diatas dan sedang digunakan oleh si penjenayah ini.
Sekiranya ternampak sila hubungi segera Polis Bangi 038925 8222 atau 999.
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

MESYUARAT PERSATUAN PENDUDUK IMPIAN PUTRA BANGI BAGI SESI 2009/2010



29 Mac 2009 (Ahad)
Bangi - Pembubaran AJK penaja dan melantik AJK baru telah diadakan di Gelanggang Sepaktakraw Padang Taman Impian Putra pada Ahad yang lalu. Sehubungan dengan itu Persatuan Penduduk telah mengadakan undian mewakili pihak penduduk Taman Impian Putra melatik mereka-mereka yang terlibat bagi mewakili Persatuan Penduduk Taman Impian Putra
berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Baru Persatuan Penduduk Taman Impian Putra.


PENGERUSI: En. Mohd Khir Arbain (Fasa1)

TIMB PENGERUSI : En.Rosli Talib (Fasa1)

SETIAUSAHA : En.Hasbullah Hassan (Fasa1)

TIMB SETIAUSAHA : En. Hafifi (Fasa4)

BENDAHARI : En.Osman Nawawi (Fasa1)

TIMB BENDAHARI : En.Zulhusni (Fasa1)

JURUAUDIT1 : En. Abd Halim (Fasa4)

JURUAUDIT2 : En Safuan.(Fasa4)

USUL/CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN

1.Isu Yuran

Telah bersetuju yuran sekali sahaja RM 10 untuk penyertaan sebagai Ahli Taman Impian Putradan bulanan RM 5 (telah di persetuju oleh penduduk) + stiker kereta/motor( include) .Ini adalah yuran untuk Persatuan induk yang bernaung di bawah Fasa 1 ,seperti Persatuan Penduduk Fasa4 yuran persatuan ditentukan olehJawatankuasa Fasa yang berkenaan. Kalau nak join bayar kat Fasa1 pun boleh..x salah tapi ada dua keahlian la..so esok kalau fasa6 buat persatuan depa plak boleh la bayar yuran yang di tetapkan olehJawatankuasa Fasa 6..

2.Isu Keselamatan

Fasa1 akan bemesyuarat samada mengambil RELA atau Rukun Tetangga.Fasa 4 telah mengambil RELA untuk kawalan keselamatan 24 jam dan akan beroperasi 1 April 09 ini.Palang Post keselamatan untuk Fasa 1 Jawatankuasa akan meminta pemaju memasang kedua2 lorong masuk Taman Impian Putra Fasa1 dan 4.Kabin untuk Fasa4 telah di letakkan di lorong MasukFasa4.sila lihat topik http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1212.0Cadangan Tuan Pengerusi kepada Surirumah dan Pembantu rumah disarankan supaya menyimpan no telifon Polissemasa kecemasan.Rondaan malam ahli mencadangkan supaya memasang lampu belakang dan hadapan rumahmemudahkan tugas rodaan.

3.AKTIVITI
Setelah mengambil kira isu keselamatan pihak Jawatankuasa akan bermesyuarat untuk menjalankan aktiviti yang pertama iaitu mengadakan hari bersama POLIS bagi Taman Impian Putra seterusnya mengadakan usahasama antara Persatuan Penduduk Taman Impian Putra dan POLIS DIRAJA MALAYSIA. Memberi kesedaran dan informasi kepada penduduk tentang kegiatan jenayah dan membendung kegiatan jenayah di sekitar Taman Impian Putra khasnya dan Bandar Sri Putra Amnya. Ianya masih di bincangkan lagi oleh pihak Jawatankuasa

more pics see : http://picasaweb.google.com/impianputra/MesyuaratBil1TIP#

Isnin, 16 Mac 2009

Majlis Maulidurasul di Taman Impian Putra




Bangi- 14 Mac 2009

Bertempat di depan tapak surau sementara Taman Impian Putra telah berlangsung satu Majlis Maulidurasul yang julung kalinya diadakan bagi memperingati kelahiran Nabi besar junjangan kita Nabi Muhammad S.A.W. Seramai lebih kurang 150 orang telah hadir bagi meraikan majlis tersebut. Walaupun dalam suasana hujan yang agak lebat para tetamu yang terdiri dari penduduk TIP Fasa 1 dan Fasa 4 hadir menyerikan majlis. Selepas Solat Maghrib diadakan solat hajat bagi penduduk Taman Impian Putra memohon kesejahteraan dan keselamatan . Selepas itu satu sesi ceramah telah diadakan dengan menjemput Ustaz Ahmad B.Shahdan. Selepas ceramah solat Isyak dan para hadirin dijamukan dengan hidangan Bubur Lambuk dan kuih-muih Majlis besurai jam 11.00mlm.

Sila lihat web bergambar klik : http://picasaweb.google.com/impianputra/MaulidurasulTIP1430H#

Khamis, 12 Februari 2009

Futsal 15 Feb 2009


Court Futsal Dah Di Booking...dijemput datang memeriahkan majlis

Tarikh : 15 Feb 2009

Hari : Ahad

Masa : 10 pagi – 12 tgh hari

Vanue : Aktif Futsal Indoor Soccer, Seksyen 13, Bangi


Shah Rizal Shahdan

AJK Surau - Unit Sukan

Sabtu, 7 Februari 2009

Menurut Dr. Stephen Carr Leon tentang Yahudi

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New



Ps: jgn la tanya saya mana tesis tu. York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.Dr. Stephen Carr Leon

Khamis, 5 Februari 2009

Aktiviti Futsal

FUTSAL SILATURRAHIM TAMAN IMPIAN PUTRA


Tarikh : 7 Feb 2009

Hari : Sabtu

Masa : 10 am – 12 pm

Vanue : Aktif Futsal Indoor Soccer, Seksyen 13, Bangi

klik untuk besarkan peta

Shah Rizal Shahdan

AJK Surau - Unit Sukan

Ahad, 18 Januari 2009

Lagi Gambar-Gambar Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430

Gambar-gambar ini diambil oleh seorang jurugambar amatur, oleh itu kualiti gambarnya adalah tidak "cun".. harap maaf.

Sambutan Maal Hijrah 1430 , adalah Hijrah yang bermakna pada TIP kerana penglibatan aktif Muslimah sewaktu penyediaan jamuan

"Chief" Muslimah Puan Nora (Puan Nora, yang sedang bergaya menunjukkan skill mengacau masakan)

Persediaan bahan-bahan masakan berjalan dengan lancar dengan adanya Muslimah membantu dengan gigihnya

Chief @ Chef jamuan Encik Safran, bertopi putih (alamak snap je dia toleh..sorry yer bos) dan pembantu-pembantu chef sedang bergaya. (saya yang berbaju belang tu ... eksyen je tu kacau lauk)

Jabatan Penerangan Taman Impian Putra sedang membuat hebahan & pengumuman ( nasib baik takde orang tahan ingatkan pembeli paper lama, sorry yer bang gurau-gurau hehe..)



Sukarelawan yang bertungkus lumus membasuh ayam... sedapkan ayam bakar tu..

Sedang membincangkan masalah negara.. bakal-bakal wakil rakyat.

Minta-minta jangan la hujan ... makbul doa tak hujan pun walaupun mendung

Ini ialah antara gambar-gambar yang saya sempat rakamkan, saya berharap tidak ada yang marah atau kecil hati dengan gurauan saya dalam blog ini.

Oleh : DrCoOL