Ahad, 28 Mac 2010



PADANG PAVILLION UKM- 28 Mac 2010


" I tak sangka i boleh jaringkan gol pertama TIP untuk 2010 nie.. macam tu Shah kalau nak jaringkan gol ! " kata Hasyim Rooney Petang semalam sewaktu pertemuan dengan sebuah Kelab bolasepak iaitu Kajang Utama F.C . Selepas wesel ditiupkan perlawanan tampak seimbang apabila kedua-kedua pasukan saling serang menyerang. Kawalan bola yang baik dan boleh lah di katakan perlawanan hormat menghormati, tiada insiden kekasaran. Minit ke 10 satu serangan kilat oleh pasukan TIP dari tengah menghantar bola silang dari sudut sebelah kiri pasukan lawan bola terus ke kaki Hasyim Rooney yang tidak di kawal oleh sesiapa meyepak deras ke gawang gol Kajang Utama. Itulah satu-satunya golnya pada tahun ini. Tapi ' Man Of the Match' jatuh ke tangan Abe .


Perlawanan diadakan dengan format 3 waktu rehat, rasa tak lah penat sangatkan kerana rata-rata umur sudah mencecah 30an dan 40an nie kena la slow sket. Apapun pada separuh masa ke 2 Kajang Utama mengandakan asakan ke arah TIP F.C hasilnya gol rembatan pemain no 11 'Macha apekenamanya' menjaringkan gol penyamaan. TIP F.C tidak menunggu lama apabila satu hantaran lintang Joe Cole fasa 4 membuat hantaran lintang cantik dari sebelah kiri gawang lawan dan salah seorang penyerang TIP menanduk masuk hantaran itu dan menjadikan kedudukan 2-1.


Separuh masa ke 3 bermula dan pemain-pemain TIP seperti Sani (keeper) Abg Aziz, Bob Terry, Matmbung, kecik,Dr cool, Shah fasa1, Shah Fasa 4, Wan Polis mengambil tempat mengimbangi kekuatan lawan. Namun pada minit ke 15 tendangan bola mati oleh Kajang Utama mengikat kedudukan menjadi 2-2. Tamat perlawanan pasukan TIP F.C dan Kajang Utama seri.


Pemain TIP : Shah Farbegas, Hasyim Rooney, Sani Macha, Poji Selangor, Abg Aziz, Nizam, Abe, Bob Terry, Kecik, Wan Polis, Wan Man U, Jai Croch, Man, Dr.cool, Matmbung, Shah Fasa1, Shah Fasa4, Hanif Zidan, Zack Mint, sesapa yang membantu lah sebab x kenal nama .

Rabu, 24 Februari 2010

Program Penghayatan Maulidur Rasul S.A.W 1431 hijrah



ASSALAMMUALAIKUM..
Kepada Penduduk-penduduk Taman Impian Putra khasnya, Penduduk Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota dan forumner Putra-Mahkota Amnya dijemput beramai-ramai ke Majlis Program Penghayatan Maulidur Rasul S.A.W 1431 hijrah pada Hari Sabtu bersamaan 27 Feb 2010 di surau Al-Ikhlas dan Padang Taman Impian Putra kerana akan diadakan FORUM PERDANA DAN KARNIVAL JUALAN yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor D.E. Bersempena kedatangan Maulidur Rasul yang jatuhnya pada hari Jumaat ini 26 Feb 2010 maka Jawatankuasa Majlis menjemput Tuan-tuan dan Puan-puan menghadiri Program ini . Diantara Aturcaranya ialah:-

26 Feb 2010 (Jumaat)

10.00 pagi - Kehadiran Perserta program dan para hadirin.
10.30 pagi - Perasmian Program dan Penyerahan anak angkat dari Sek Sri Putri, Cyberjaya.
11.30 pagi - Bersama Keluarga Angkat.

27 Feb 2010 (Sabtu)

6.00 pagi - Solat subuh berjemaah di surau dan Tazkirah
7.30 pagi - Senamanrobik
9.00 pagi - Minum Pagi / Gotong royong di Surau Al-Ikhlas dan Kenduri Setaman
1.30 tgh - Makan Tengahari / bersama keluarga angkat.
7.00 malam - Solat Maghrib / Solat Isyak berjemaah
8.50 malam - FORUM PERDANA bersama Penceramah Undangan
10.50 malam -Bersurai.

28 Feb 2010 (Ahad)

9.00 pagi - Gotong royong Setaman
2.00 Petang - Penyerahan semula anak angkat

Isnin, 11 Januari 2010

Pasukan Bolasepak Taman Impian Putra


Pasukan Bolasepak Taman Impian Putra telah mengadakan perlawanan bolasepak dengan Kelab-kelab serta pasukan pasukan bolasepak di sekitar Bangi ini. Berikutan dengan itu di sediakan graf dan keputusan perlawanan diantara pasukan TIP FC dan pasukan lawan dalam perlawanan persahabatan yang lepas2.