Isnin, 16 Mac 2009

Majlis Maulidurasul di Taman Impian Putra




Bangi- 14 Mac 2009

Bertempat di depan tapak surau sementara Taman Impian Putra telah berlangsung satu Majlis Maulidurasul yang julung kalinya diadakan bagi memperingati kelahiran Nabi besar junjangan kita Nabi Muhammad S.A.W. Seramai lebih kurang 150 orang telah hadir bagi meraikan majlis tersebut. Walaupun dalam suasana hujan yang agak lebat para tetamu yang terdiri dari penduduk TIP Fasa 1 dan Fasa 4 hadir menyerikan majlis. Selepas Solat Maghrib diadakan solat hajat bagi penduduk Taman Impian Putra memohon kesejahteraan dan keselamatan . Selepas itu satu sesi ceramah telah diadakan dengan menjemput Ustaz Ahmad B.Shahdan. Selepas ceramah solat Isyak dan para hadirin dijamukan dengan hidangan Bubur Lambuk dan kuih-muih Majlis besurai jam 11.00mlm.

Sila lihat web bergambar klik : http://picasaweb.google.com/impianputra/MaulidurasulTIP1430H#