Selasa, 31 Disember 2013

Selamat Menyambut tahun baru 2014 dari sidang pengarang Taman Impian Putra Bangi

Assalammualaikum.. Buat sekian kalinya sudah hampir 2 tahun Laman Blog Taman Impian Putra tidak diselenggara, akhirnya bersua kembali. Dengan Ucapan Selamat Tahun Baru 2014 kepada warga Taman Impian Putra tak kira dari Fasa 3,4 atau 6 atau apartment TIP. Berbagai perubahan sebenarnya telah berlaku sejak 2008 taman ini dibuka, insyaallah setiap perkembangan di TIP ini akan disebarkan melalui blog ini. Apa pun Selamat Menyambut tahun baru dari Tuan pengarang blog TIP ini.Disediakan oleh Bob Radenkotolo     ...e-mail bobradenkotolo@gmail.com

Jumaat, 20 Mei 2011




Pelancaran Logo Kelab Bolasepak Taman Impian Putra, Bangi

Bangi- 20 Mei 2011
Pelancaran Logo Pasukan Bolasepak Taman Impian Putra telah diadakan pada 20 Mei dan di muat naik ke dalam laman Facebook iaitu Kelab Bolasepak Impian Putra dengan rasminya. Ini adalah berikutan sebelum tertubuhya Kelab ini kelab memang tiada Logonya, oleh kerana Kelab telah menyertai liga 2735 Planet Football-asia maka tercetus idea oleh Saudara Bob untuk mecipta logo Kelab. Buat pengetahuan semua perlawanan bolasepak yang bermula pada 15 Mei 2011 di Padang permata PETRONAS Bangi yang lalu adalah perlawanan liga yang pertama menemukan pasukan Bandar Seri Putra ( BSP F.C) dengan kemenangan 2-1. Ini memberikan 3 mata kepada pasukan berikut adalah "standing" kelab dalam liga.


Ahad, 28 Mac 2010



PADANG PAVILLION UKM- 28 Mac 2010


" I tak sangka i boleh jaringkan gol pertama TIP untuk 2010 nie.. macam tu Shah kalau nak jaringkan gol ! " kata Hasyim Rooney Petang semalam sewaktu pertemuan dengan sebuah Kelab bolasepak iaitu Kajang Utama F.C . Selepas wesel ditiupkan perlawanan tampak seimbang apabila kedua-kedua pasukan saling serang menyerang. Kawalan bola yang baik dan boleh lah di katakan perlawanan hormat menghormati, tiada insiden kekasaran. Minit ke 10 satu serangan kilat oleh pasukan TIP dari tengah menghantar bola silang dari sudut sebelah kiri pasukan lawan bola terus ke kaki Hasyim Rooney yang tidak di kawal oleh sesiapa meyepak deras ke gawang gol Kajang Utama. Itulah satu-satunya golnya pada tahun ini. Tapi ' Man Of the Match' jatuh ke tangan Abe .


Perlawanan diadakan dengan format 3 waktu rehat, rasa tak lah penat sangatkan kerana rata-rata umur sudah mencecah 30an dan 40an nie kena la slow sket. Apapun pada separuh masa ke 2 Kajang Utama mengandakan asakan ke arah TIP F.C hasilnya gol rembatan pemain no 11 'Macha apekenamanya' menjaringkan gol penyamaan. TIP F.C tidak menunggu lama apabila satu hantaran lintang Joe Cole fasa 4 membuat hantaran lintang cantik dari sebelah kiri gawang lawan dan salah seorang penyerang TIP menanduk masuk hantaran itu dan menjadikan kedudukan 2-1.


Separuh masa ke 3 bermula dan pemain-pemain TIP seperti Sani (keeper) Abg Aziz, Bob Terry, Matmbung, kecik,Dr cool, Shah fasa1, Shah Fasa 4, Wan Polis mengambil tempat mengimbangi kekuatan lawan. Namun pada minit ke 15 tendangan bola mati oleh Kajang Utama mengikat kedudukan menjadi 2-2. Tamat perlawanan pasukan TIP F.C dan Kajang Utama seri.


Pemain TIP : Shah Farbegas, Hasyim Rooney, Sani Macha, Poji Selangor, Abg Aziz, Nizam, Abe, Bob Terry, Kecik, Wan Polis, Wan Man U, Jai Croch, Man, Dr.cool, Matmbung, Shah Fasa1, Shah Fasa4, Hanif Zidan, Zack Mint, sesapa yang membantu lah sebab x kenal nama .

Rabu, 24 Februari 2010

Program Penghayatan Maulidur Rasul S.A.W 1431 hijrah



ASSALAMMUALAIKUM..
Kepada Penduduk-penduduk Taman Impian Putra khasnya, Penduduk Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota dan forumner Putra-Mahkota Amnya dijemput beramai-ramai ke Majlis Program Penghayatan Maulidur Rasul S.A.W 1431 hijrah pada Hari Sabtu bersamaan 27 Feb 2010 di surau Al-Ikhlas dan Padang Taman Impian Putra kerana akan diadakan FORUM PERDANA DAN KARNIVAL JUALAN yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor D.E. Bersempena kedatangan Maulidur Rasul yang jatuhnya pada hari Jumaat ini 26 Feb 2010 maka Jawatankuasa Majlis menjemput Tuan-tuan dan Puan-puan menghadiri Program ini . Diantara Aturcaranya ialah:-

26 Feb 2010 (Jumaat)

10.00 pagi - Kehadiran Perserta program dan para hadirin.
10.30 pagi - Perasmian Program dan Penyerahan anak angkat dari Sek Sri Putri, Cyberjaya.
11.30 pagi - Bersama Keluarga Angkat.

27 Feb 2010 (Sabtu)

6.00 pagi - Solat subuh berjemaah di surau dan Tazkirah
7.30 pagi - Senamanrobik
9.00 pagi - Minum Pagi / Gotong royong di Surau Al-Ikhlas dan Kenduri Setaman
1.30 tgh - Makan Tengahari / bersama keluarga angkat.
7.00 malam - Solat Maghrib / Solat Isyak berjemaah
8.50 malam - FORUM PERDANA bersama Penceramah Undangan
10.50 malam -Bersurai.

28 Feb 2010 (Ahad)

9.00 pagi - Gotong royong Setaman
2.00 Petang - Penyerahan semula anak angkat

Isnin, 11 Januari 2010

Pasukan Bolasepak Taman Impian Putra


Pasukan Bolasepak Taman Impian Putra telah mengadakan perlawanan bolasepak dengan Kelab-kelab serta pasukan pasukan bolasepak di sekitar Bangi ini. Berikutan dengan itu di sediakan graf dan keputusan perlawanan diantara pasukan TIP FC dan pasukan lawan dalam perlawanan persahabatan yang lepas2.

Khamis, 3 Disember 2009

MAJLIS GOTONG ROYONG TAMAN IMPIAN PUTRA

Kepada,

Semua Penduduk,
Taman Impian Putra,

Perkara :MAJLIS GOTONG ROYONG TAMAN IMPIAN PUTRA

Tarikh / Hari : 6hb Disember 2009 (Ahad)

Masa : 9 pagi

Tempat Bekumpul : Gelanggang sepak takraw , TIP

Sehubungan dengan itu , semua penduduk adalah dijemput hadir untuk sama-sama berkongsi tenaga & meluangkan masa membersihkan kawasan taman disertai aktiviti menanam pokok buah-buahan untuk menghijaukan lagi kawasan kita ( Sila bawa peralatan yang berkaitan dari rumah memasing)

Jamuan di sediakan..

Selasa, 24 November 2009

Solat Aidiladha 2009 di Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra


Assalammualaikum..
Pengumuman kepada semua Penduduk-Penduduk TIP yang tak balik kampung ... Solat Sunat Hari Raya Korban 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H akan di adakan pada masa berikut:

Tarikh :27 November 2009 (Jumaat)
Masa :8.30 Pagi
Bertempat : Di Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra

Di jemput semua ahli qariah yang tidak balik ke kampung, boleh lah menunaikan kewajipan anda di Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra Bangi . Insyaallah

Ahad, 27 September 2009

Klip sempena pembinaan surau Al-Ikhlas

Sila Klik klip pembinaa surau Al-Ikhlas