Ahad, 24 Mei 2009

SAMBUTAN ULANGTAHUN PERTAMA SURAU AL-IKHLAS TAMAN IMPIAN PUTRA BANGI, SEL






















Assalammualaikum..


Kepada Penduduk Taman Impian Putra bersyhukur kita hadarat Allah kerana pada bulan Ogos nanti Pihak Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra akan mengadakan Ulangtahun pertama seterusnya perasmian surau yang sama-sama kita bangunkan ini. Oleh itu pihak AJK surau akan mengadakan berbagai-bagai aktiviti sempena Majlis itu pada Bulan Ogos 2009 nanti. Antara aktiviti yang menarik ialah :



1 hb Ogos 2009



Selepas Solat Maghrib


- Mini Qiamulail


- Sembahyang sunat Tasbih dan Hajat


- Ceramah Agama oleh Ustaz Dr. Badrul Amin



8 hb Ogos 2009


Aktiviti Pameran dan kesihatan Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra Bangi.


Pagi : Berkampung di surau aktiviti merewang


Petang : - Menjemput Anak-anak yatim dari Nur Ezah Sg Merab.


-Mengadakan Boot atau kaunter untuk Permodalan Nasional Berhad (PNB)


- Kaunter Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .


- Sesi menderma Darah.




Malam: - Ceramah Agama oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah ( ASTRO OISIS )



Pihak AJK Surau Al-Ikhlas menjemput khususnya penduduk Taman Impian Putra, Bandar Sri Putra serta kawasan-kawasan yang berdekatan untuk hadir ke Majlis Ulangtahun Surau Al-Iklhas Taman Impian Putra. Sekian Terima Kasih.
































Khamis, 7 Mei 2009


Keahlian Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra
« on: May 05, 2009,

Keahlian Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra

Assalamualaikum,

Saya pasti tuan/puan ada menerima Surat Pekeliling mengenai Badan Khairat Kematian. Apa yang pasti kematian bukanlah boleh diramal oleh itu saya menyeru pada semua penduduk Taman Impian Putra untuk menyertai Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas , Taman Impian Putra dengan mengisi borang dan membayar RM20 bagi satu keluarga untuk satu tahun. Badan Khairat ini bertujuan untuk meringankan beban pada para Qariah yang sedang dilanda musibah dengan memberi anggaran bantuan khairat kematian seperti :

1. Pengurusan Kubur RM325
2. Kain Kafan RM200
3. Papan RM150
4. Kereta Jenazah RM100
5. Mandi Jenazah RM100
6. Belanja Tambahan Rm125

Penerangan Lanjut, serahan borang dan pembayaran atau sekiranya berlaku kematian tuan/puan boleh menghubungi :

1. Abd Rasyid Mohamed (Pengerusi Surau) - 019-384 6522
2. Mohd Suhaimi Yaakub (Tim.Pengerusi Surau) - 019-3142306
3. Mohd Norizam Tomirin (Bendahari Surau) - 019-3894044
4. Fauzi (AJK Khairat Kematian) - 012-3162246
5. Aminuddin A.Rahman (AJK Khairat Kematian) - 013-3387795

Ini semua bagi menghasilkan kesedaran bahawa kita semua akan mati sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).

( Catatan AJK penerangan surau Al-ikhlas oleh En.Anuar)