Khamis, 7 Mei 2009


Keahlian Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra
« on: May 05, 2009,

Keahlian Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra

Assalamualaikum,

Saya pasti tuan/puan ada menerima Surat Pekeliling mengenai Badan Khairat Kematian. Apa yang pasti kematian bukanlah boleh diramal oleh itu saya menyeru pada semua penduduk Taman Impian Putra untuk menyertai Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas , Taman Impian Putra dengan mengisi borang dan membayar RM20 bagi satu keluarga untuk satu tahun. Badan Khairat ini bertujuan untuk meringankan beban pada para Qariah yang sedang dilanda musibah dengan memberi anggaran bantuan khairat kematian seperti :

1. Pengurusan Kubur RM325
2. Kain Kafan RM200
3. Papan RM150
4. Kereta Jenazah RM100
5. Mandi Jenazah RM100
6. Belanja Tambahan Rm125

Penerangan Lanjut, serahan borang dan pembayaran atau sekiranya berlaku kematian tuan/puan boleh menghubungi :

1. Abd Rasyid Mohamed (Pengerusi Surau) - 019-384 6522
2. Mohd Suhaimi Yaakub (Tim.Pengerusi Surau) - 019-3142306
3. Mohd Norizam Tomirin (Bendahari Surau) - 019-3894044
4. Fauzi (AJK Khairat Kematian) - 012-3162246
5. Aminuddin A.Rahman (AJK Khairat Kematian) - 013-3387795

Ini semua bagi menghasilkan kesedaran bahawa kita semua akan mati sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).

( Catatan AJK penerangan surau Al-ikhlas oleh En.Anuar)

Tiada ulasan: