Khamis, 23 April 2009

Masej Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Putra


Assalammualaikum wbrt. dan Selamat Sejahtera.

Kepada penduduk Taman Impian Putra, Bangi yang saya hormati dan kasihi. Saya berharap dan berdoa kepada Allah swt semoga seluruh penduduk Taman Impian Putra, Bangi di dalam keadaan sihat dan ceria selalu disamping keluarga, jiran-jiran dan sahabat-handai.

Alhamdulillah, dengan usahasama serta kerjasama Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 4, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas dan penduduk, dapatlah Persatuan Penduduk Taman Impian Putra menjalankan aktiviti pertamanya iaitu Majlis Gotong-Royong pada 19 hb. April 2009 iaitu pada hari Ahad yang lalu. Dengan penyertaan yang ramai daripada penduduk pada majlis tersebut, dapatlah kita sama-sama membersihkan longkang-longkang dan sampah sarap di taman kita supaya kelihatan bersih dan cantik. Selain dari itu, kita juga dapat mencegah nyamuk aedes dari membiak dan sekaligus menghapuskan penyakit demam denggi di taman kita ini. Dengan adanya majlis seperti ini, dapatlah seluruh penduduk Taman Impian Putra berkerjasama dengan menyumbangkan tenaga serta meluangkan masa dan dapatlah berkenalan antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim sesama kita.

Di kesempatan ini, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Impian Putra ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan penduduk, Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 4 dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas di Taman Impian Putra ini. Saya juga berharap agar kerjasama ini akan berterusan pada aktiviti-aktiviti yang akan pihak persatuan jalankan pada masa yang akan datang.

Sekian, salam hormat dari saya.

Wassalam.

”PENDUDUK BERSATU, MASYARAKAT CEMERLANG”

Yang menjalankan tugas,

Md Khair Bin Arbaeen
Pengerusi,
Persatuan Penduduk Taman Impian Putra,
43000 Bangi, Selangor.

update by snakatak

Tiada ulasan: