Selasa, 21 April 2009

Aktiviti gotong-royong Persatuan Penduduk Tmn Impian Putra

BANGI 19 April 09 - Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Bangi telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari Ahad 19 April 2009 baru-baru ini. Ini adalah merupakan aktiviti yang pertama selepas pemilihan pucuk pimpinan yang baru dalam Mesyuarat Persatuan Penduduk Taman Impian Putra yang julung kalinya berlangsung March lalu. Lebih kurang 80 orang hadir dalam majlis ini datang dengan membawa peralatan-peralatan perang sama-sama membersihkan longkang dan membina tangga dari Putra Villa hingga ke belakang surau yang dalam pembinaan itu. Terdapat juga ahli TIP fasa 1 yang mengembeling tenaga membersihkan parit di sekitar TIP Fasa 1. Turut mengambil bahagian Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas yang Pengerusinya Hj Abd Rashid, Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk TIP Fasa 4 dan Jawatankusa Induk Persatuan Penduduk TIP yang diketuai saudara Khir. Majlis bersurai jam 2.30 Petang . Sila lihat laman web bergambar di alamat ini : http://picasaweb.google.com/impianputra/AktivitiGotongRoyong#

Sekian dulu laporan dari Bob Snakatak -

Tiada ulasan: