Rabu, 1 April 2009

MESYUARAT PERSATUAN PENDUDUK IMPIAN PUTRA BANGI BAGI SESI 2009/2010



29 Mac 2009 (Ahad)
Bangi - Pembubaran AJK penaja dan melantik AJK baru telah diadakan di Gelanggang Sepaktakraw Padang Taman Impian Putra pada Ahad yang lalu. Sehubungan dengan itu Persatuan Penduduk telah mengadakan undian mewakili pihak penduduk Taman Impian Putra melatik mereka-mereka yang terlibat bagi mewakili Persatuan Penduduk Taman Impian Putra
berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Baru Persatuan Penduduk Taman Impian Putra.


PENGERUSI: En. Mohd Khir Arbain (Fasa1)

TIMB PENGERUSI : En.Rosli Talib (Fasa1)

SETIAUSAHA : En.Hasbullah Hassan (Fasa1)

TIMB SETIAUSAHA : En. Hafifi (Fasa4)

BENDAHARI : En.Osman Nawawi (Fasa1)

TIMB BENDAHARI : En.Zulhusni (Fasa1)

JURUAUDIT1 : En. Abd Halim (Fasa4)

JURUAUDIT2 : En Safuan.(Fasa4)

USUL/CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN

1.Isu Yuran

Telah bersetuju yuran sekali sahaja RM 10 untuk penyertaan sebagai Ahli Taman Impian Putradan bulanan RM 5 (telah di persetuju oleh penduduk) + stiker kereta/motor( include) .Ini adalah yuran untuk Persatuan induk yang bernaung di bawah Fasa 1 ,seperti Persatuan Penduduk Fasa4 yuran persatuan ditentukan olehJawatankuasa Fasa yang berkenaan. Kalau nak join bayar kat Fasa1 pun boleh..x salah tapi ada dua keahlian la..so esok kalau fasa6 buat persatuan depa plak boleh la bayar yuran yang di tetapkan olehJawatankuasa Fasa 6..

2.Isu Keselamatan

Fasa1 akan bemesyuarat samada mengambil RELA atau Rukun Tetangga.Fasa 4 telah mengambil RELA untuk kawalan keselamatan 24 jam dan akan beroperasi 1 April 09 ini.Palang Post keselamatan untuk Fasa 1 Jawatankuasa akan meminta pemaju memasang kedua2 lorong masuk Taman Impian Putra Fasa1 dan 4.Kabin untuk Fasa4 telah di letakkan di lorong MasukFasa4.sila lihat topik http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1212.0Cadangan Tuan Pengerusi kepada Surirumah dan Pembantu rumah disarankan supaya menyimpan no telifon Polissemasa kecemasan.Rondaan malam ahli mencadangkan supaya memasang lampu belakang dan hadapan rumahmemudahkan tugas rodaan.

3.AKTIVITI
Setelah mengambil kira isu keselamatan pihak Jawatankuasa akan bermesyuarat untuk menjalankan aktiviti yang pertama iaitu mengadakan hari bersama POLIS bagi Taman Impian Putra seterusnya mengadakan usahasama antara Persatuan Penduduk Taman Impian Putra dan POLIS DIRAJA MALAYSIA. Memberi kesedaran dan informasi kepada penduduk tentang kegiatan jenayah dan membendung kegiatan jenayah di sekitar Taman Impian Putra khasnya dan Bandar Sri Putra Amnya. Ianya masih di bincangkan lagi oleh pihak Jawatankuasa

more pics see : http://picasaweb.google.com/impianputra/MesyuaratBil1TIP#

Tiada ulasan: