Sabtu, 11 Julai 2009

PEMBUKAAN RASMI SURAU AL-IKHLAS TAMAN IMPIAN PUTRA BANGI SEL D.E







BANGI 2 JULAI 09 -"Ku mohon pada mu ya allah agar di berikan sebuah madrasah untuk kami sama-sama bersembahyang dan beribadah kepada mu ya allah, perkenankanlah doa kami dan berikanlah kami kekuatan , permudahkanlah usaha kami untuk membina tempat suci mu ya allah agar iman dan ukwah kami sentiasa di lindungi oleh mu, serta keluarga, bangsa dan agama."

Setelah projek ini berjalan lebih dari 6bulan yang lalu akhirnya terbinalah surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra hasil dari kerjasama ahli Qariah dan orang perseorangan yang memberi bantuan dari segi usaha dan wang ringgit. Pemberian sumbangan dan wakaf surau juga merupakan salah satu kecepatan projek ini berjalan sehingga terbinanya Surau untuk semua tidak kira dari mana tempat tinggal terutamanya di Bandar Sri Putra ini.

Oleh itu pembukaan rasmi surau telah di lansungkan pada 2 Julai 09 yang lalu bermula dengan Solat Maghrib, bacaan Yassin ,tahlil, Solat hajat dan syukur serta Solat Isyak. Para hadirin juga di hidangkan dengan juadah yang telah disediakan oleh ahli-ahli qariah. Terima kasih kepada penduduk-penduduk Putra Villa, Pangsapuri Sri Mawar, Putera Teres dan lain-lain yang hadir pada malam itu kerana kesudian hadir di Majlis ini.
Dengan adanya Madrasah ini agar ukwah dan silatulrahim lebih erat diantara penduduk dan ahli qariah. Tentunya dapat memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk di sekitar Taman Impian Putra dan kawasan kejiranan TIP.

1 ulasan:

Sekretariat Bangi Bandar Ilmu berkata...

AJK SURAU AL-IKHLAS TAMAN IMPIAN PUTRA,
SILA HADIRKAN DIRI DI SURAU DAHLIA, BSP UNTUK MENUNTUT CEK SUMBANGAN ADUN 2011 PADA 26 OGOS 2011 PADA WAKTU ISYAK - TARAWIH.

TIADA NO PERHUBUNGAN UNTUK DIHUBUNGI. SILA MAKLUMKAN PADA SAYA, PN NABILAH 0132845497 UNTUK SIMPANAN MAKLUMAT MENGENAI AJK SURAU AL-IKHLAS.