Rabu, 29 Julai 2009

IMPIAN PUTRA F.C KONSISTANT






oleh MAZIDUL AKMAL SIDEK 999 TV3


STADIUM PAVILION UKM -25 Julai 09

AKHIRNYA satu kemengan lagi dijelmakan oleh skuad Impian Putra FC apabila dapat membalas kekalahan lepas dengan membenam pasukan PTMUKM dengan jaringan tipis 1-0, dari awal lagi menyaksikan sentuhan gemilang pemain-pemain TIP dengan kawalan bola yang menarik terutama dari bahagian belakang pasukan iaitu permain pertahanan, berbadan sasa dan walaupun bebanan di perut melebihi muatan namun tetap memberikan komitmen yang tinggi dalam perlawanan kali ini di separuh masa pertama serangan demi serangan di lakukan oleh pihak lawan namun kekentalan pemain pertahanan TIP yang terdiri dari otai-otai melemahkan pasukan lawan dalam mengatur strategi jentera serangan mereka. Pemain penyerang seperti Nizam fasa1 tampak bergaya mengawal bola namun setiap pergerakan terbatas apabila sentiasa kehilangan bola di kaki. separuh masa pertama berkedudukan 0-0.Di separuh masa kedua rombakan secara besar-besaran di lakukan oleh Accelloti Catkekapor apabila mengeluarkan habis pemain di separuh masa pertama menggantikan dream team 2nd. Beliau agak berpuashati apabila melihat anak buahnya bermain seperti skuad diseparuh masa pertama bermakna ada 2 team yang boleh dihantar ke Champion League kelak iaitu Team Impian Putra team A & team B. Man of the match ialah pemain yang baru saja di beli dengan harga 7.9 juta Rupiah iaitu abe..pemain pertahanan termasuk Tuan Dobi (siapa namanya alahai dah lupa) adik Nizam, Dan dan beberapa pemain baru dan semuda usia anak bang nuar dengan abg nuar sekali (TIP anak beranak) bermain di separuh masa kedua. Di minit ke 69 satu hantaran pendek dari bawah iaitu abe terus ke snakatak dan lorongan cantik dari (siapa ntah sori kalau pemberita lupa nama) pakai jersi no 11 ke anak abg din iaitu saudara wan jersi no 7 terus merembat bola dari tengah hasil nya goollllllllll.. sehingga ke minit akhir PTMUKM menukar taktik menaikan pemain sayap nya yang laju iaitu saudara Yoep namun tersekat dek kekabalan benteng pertahan TIP F.C dan berakhir dengan kemenangan di tempat lawan 1-0. BERNAMA

1 ulasan:

ayen berkata...

salam tuan saya nk adakan friendly dgn team tuan ...ni number contact saya - 017-6554930 -kamarul ..