Selasa, 11 Ogos 2009

MASIH MENGEKALKAN MOMENTUM TANPA KALAH.PADANG EMERIATE TIP -



2 Ogos 2009
MENGEKALKAN momentum tanpa kalah dalam perlawanan 3 kali berturut-turut menjadi penanda aras kepada pasukan TIP FC bahawa Pasukan ini perlu diambil perhatian oleh pasukan lawan. Walaupun rata-rata pemain berumur 30an tetapi masih bertenaga, diperkukuhkan oleh pasukan pelapis TIP FC iaitu pemain yang di bawah umur 18 tahun. Sebentar tadi pasukan TIP menjadi tuan rumah kepada pasukan Taman Delima Kajang.Pasukan pelawat yang awal sampai di Padang Emeriate TIP lebih bersedia dalam perlawanan petang ini. Tepat jam 5.45 petang wisel ditiup untuk sepak mula. Perlawanan seimbang dan banyak gerakan-gerakan bahaya di kedua belah pihak namun satu sepakkan percuma dari arah kanan pintu gol TIP meloloskan bola melalui perangkap offside yang tidak menjadi pertahanan TIP yang menghasilkan gol pertama pasukan pelawat mendahului dihadapan 1-0.Separuh masa kedua dengan kehadiran pemain muda menghiasi padang Tip memberi oksigen kepada pasukan TIP. Memandangkan pasukan dibawah arahan Matmbung gerakan-gerakan bahaya terhasil di minit ke 25 separuh masa kedua iaitu hasil lorongan Macha di sebelah kiri sayap Tip menghantar silang kepada jentera serangan Zack dan merembat kencang dengan gol penyamaan terhasil 1-1. Penyokong-penyokong yang datang ke Stadium emeriate TIP semakin bertambah. Perlawanan semakin sengit namun hingga wisel terakhir tiada penambahan jaringan dan berkesudahhan 1-1. - BERNAMA
more pics :

1 ulasan:

DrCoOL berkata...

phiewww bergaya juga aku ni hehehe