Khamis, 23 April 2009

Progress Taman Impian Putra Fasa 6








Progress Taman Impian Putra Fasa 6 dalam pembinaan. Jenis Rumah Melati dan Lily dan Rossy. "Macam saya dulu, salesman memang terangkan perbezaan type Melati, Lily dan Rossy selepas kami bertanya......dia juga tunjuk model ketiga2 jenis rumah. Dia juga ada cakap colour Melati akan cat calour pink....... Oleh kerana masa tu tinggal type Melati je..... so kami ambil juga la" kata saudara Nizam yang juga merupakan salah seorang penghulu dalam forum Putra-mahkota.com . Pembinaa yang telah siap adalah sebanyak 70 % dan mungkin boleh diduduki akhir tahun 2009 ini
kiriman snakatak (ehsan gambar nick name putra-mahkota.com :nizam)


Kejohanan Badminton Antara Taman Bandar Seri Putra 2009


Sebagaimana amalan biasa penganjuran Sukan tahunan, tahun ini Kejohanan Sukan Antara Taman2 Bandar Seri Putra anjuran Kelab Sukan Bandar Seri Putra dengan kerjasama semua Persatuan Penduduk akan dimulakan dengan Kejohanan Badminton yang dicadangkan seperti berikut :Tarikah : 16hb Mei 2009 (Perlawanan2 Pusingan Awal) -17hb Mei 2009(Perlawanan Separuh Akhir& Akhir)Tempat : Komplek Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi

Masa : Jam 8 pagi - petangTunggu maklumat lanjut dari Biro Sukan Kelab selepas ini sambil2 itu semua Persatuan Penduduk apa tunggu lagi siapkan Pasukan anda untuk kejohanan ini. Biro Sukan Kelab Sukan Bandar Seri Putra


Masej Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Putra


Assalammualaikum wbrt. dan Selamat Sejahtera.

Kepada penduduk Taman Impian Putra, Bangi yang saya hormati dan kasihi. Saya berharap dan berdoa kepada Allah swt semoga seluruh penduduk Taman Impian Putra, Bangi di dalam keadaan sihat dan ceria selalu disamping keluarga, jiran-jiran dan sahabat-handai.

Alhamdulillah, dengan usahasama serta kerjasama Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 4, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas dan penduduk, dapatlah Persatuan Penduduk Taman Impian Putra menjalankan aktiviti pertamanya iaitu Majlis Gotong-Royong pada 19 hb. April 2009 iaitu pada hari Ahad yang lalu. Dengan penyertaan yang ramai daripada penduduk pada majlis tersebut, dapatlah kita sama-sama membersihkan longkang-longkang dan sampah sarap di taman kita supaya kelihatan bersih dan cantik. Selain dari itu, kita juga dapat mencegah nyamuk aedes dari membiak dan sekaligus menghapuskan penyakit demam denggi di taman kita ini. Dengan adanya majlis seperti ini, dapatlah seluruh penduduk Taman Impian Putra berkerjasama dengan menyumbangkan tenaga serta meluangkan masa dan dapatlah berkenalan antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim sesama kita.

Di kesempatan ini, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Impian Putra ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan penduduk, Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 4 dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas di Taman Impian Putra ini. Saya juga berharap agar kerjasama ini akan berterusan pada aktiviti-aktiviti yang akan pihak persatuan jalankan pada masa yang akan datang.

Sekian, salam hormat dari saya.

Wassalam.

”PENDUDUK BERSATU, MASYARAKAT CEMERLANG”

Yang menjalankan tugas,

Md Khair Bin Arbaeen
Pengerusi,
Persatuan Penduduk Taman Impian Putra,
43000 Bangi, Selangor.

update by snakatak

Selasa, 21 April 2009

Aktiviti gotong-royong Persatuan Penduduk Tmn Impian Putra

BANGI 19 April 09 - Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Bangi telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari Ahad 19 April 2009 baru-baru ini. Ini adalah merupakan aktiviti yang pertama selepas pemilihan pucuk pimpinan yang baru dalam Mesyuarat Persatuan Penduduk Taman Impian Putra yang julung kalinya berlangsung March lalu. Lebih kurang 80 orang hadir dalam majlis ini datang dengan membawa peralatan-peralatan perang sama-sama membersihkan longkang dan membina tangga dari Putra Villa hingga ke belakang surau yang dalam pembinaan itu. Terdapat juga ahli TIP fasa 1 yang mengembeling tenaga membersihkan parit di sekitar TIP Fasa 1. Turut mengambil bahagian Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas yang Pengerusinya Hj Abd Rashid, Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk TIP Fasa 4 dan Jawatankusa Induk Persatuan Penduduk TIP yang diketuai saudara Khir. Majlis bersurai jam 2.30 Petang . Sila lihat laman web bergambar di alamat ini : http://picasaweb.google.com/impianputra/AktivitiGotongRoyong#

Sekian dulu laporan dari Bob Snakatak -

Rabu, 1 April 2009

"Perhatian Untuk Semua Warga Bandar Seri Putra"
Dari Putra-Mahkota.com Oleh snakatak
Salam sejahtera buat semua warga BSP.
Sila hebahkan kepada semua penduduk mengenai sebuah kereta jenis PROTON ISWARA BERWARNA KELABU, NOMBOR DAFTAR WNN 9430 dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan bertudung melayu. Suspek dikehendaki kerana menjalankan aktiviti pecah rumah.
WNN 9430 didaftarkan oleh Normasita bte Md Sharif, IC no 690506106648, alamat - no 17, jln muhibbah 9, Tmn Muhibbah, 43000, Kajang Selangor ,khabarnya kereta itu telah hilang dari owner yang namanya diatas dan sedang digunakan oleh si penjenayah ini.
Sekiranya ternampak sila hubungi segera Polis Bangi 038925 8222 atau 999.
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

MESYUARAT PERSATUAN PENDUDUK IMPIAN PUTRA BANGI BAGI SESI 2009/2010



29 Mac 2009 (Ahad)
Bangi - Pembubaran AJK penaja dan melantik AJK baru telah diadakan di Gelanggang Sepaktakraw Padang Taman Impian Putra pada Ahad yang lalu. Sehubungan dengan itu Persatuan Penduduk telah mengadakan undian mewakili pihak penduduk Taman Impian Putra melatik mereka-mereka yang terlibat bagi mewakili Persatuan Penduduk Taman Impian Putra
berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Baru Persatuan Penduduk Taman Impian Putra.


PENGERUSI: En. Mohd Khir Arbain (Fasa1)

TIMB PENGERUSI : En.Rosli Talib (Fasa1)

SETIAUSAHA : En.Hasbullah Hassan (Fasa1)

TIMB SETIAUSAHA : En. Hafifi (Fasa4)

BENDAHARI : En.Osman Nawawi (Fasa1)

TIMB BENDAHARI : En.Zulhusni (Fasa1)

JURUAUDIT1 : En. Abd Halim (Fasa4)

JURUAUDIT2 : En Safuan.(Fasa4)

USUL/CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN

1.Isu Yuran

Telah bersetuju yuran sekali sahaja RM 10 untuk penyertaan sebagai Ahli Taman Impian Putradan bulanan RM 5 (telah di persetuju oleh penduduk) + stiker kereta/motor( include) .Ini adalah yuran untuk Persatuan induk yang bernaung di bawah Fasa 1 ,seperti Persatuan Penduduk Fasa4 yuran persatuan ditentukan olehJawatankuasa Fasa yang berkenaan. Kalau nak join bayar kat Fasa1 pun boleh..x salah tapi ada dua keahlian la..so esok kalau fasa6 buat persatuan depa plak boleh la bayar yuran yang di tetapkan olehJawatankuasa Fasa 6..

2.Isu Keselamatan

Fasa1 akan bemesyuarat samada mengambil RELA atau Rukun Tetangga.Fasa 4 telah mengambil RELA untuk kawalan keselamatan 24 jam dan akan beroperasi 1 April 09 ini.Palang Post keselamatan untuk Fasa 1 Jawatankuasa akan meminta pemaju memasang kedua2 lorong masuk Taman Impian Putra Fasa1 dan 4.Kabin untuk Fasa4 telah di letakkan di lorong MasukFasa4.sila lihat topik http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1212.0Cadangan Tuan Pengerusi kepada Surirumah dan Pembantu rumah disarankan supaya menyimpan no telifon Polissemasa kecemasan.Rondaan malam ahli mencadangkan supaya memasang lampu belakang dan hadapan rumahmemudahkan tugas rodaan.

3.AKTIVITI
Setelah mengambil kira isu keselamatan pihak Jawatankuasa akan bermesyuarat untuk menjalankan aktiviti yang pertama iaitu mengadakan hari bersama POLIS bagi Taman Impian Putra seterusnya mengadakan usahasama antara Persatuan Penduduk Taman Impian Putra dan POLIS DIRAJA MALAYSIA. Memberi kesedaran dan informasi kepada penduduk tentang kegiatan jenayah dan membendung kegiatan jenayah di sekitar Taman Impian Putra khasnya dan Bandar Sri Putra Amnya. Ianya masih di bincangkan lagi oleh pihak Jawatankuasa

more pics see : http://picasaweb.google.com/impianputra/MesyuaratBil1TIP#