Isnin, 29 Jun 2009
Perlawanan Persahabatan Impian Putra FC vs Pusat Teknologi Maklumat UKM
STADIUM PAVILION UKM-27 JUN 09
Pasukan Bolasepak Impian Putra bermain buat julung kalinya berhadapan dengan pasukan Kelab kakitangan Pusat Teknologi Maklumat UKM Sabtu lalu di padang UKM. Perlawanan ini adalah perlawanan pembukaan untuk Impian Putra FC, sememangnya bermain untuk beriadah di samping merapatkah ukwah antara penduduk Taman Impian Putra dan menjaga kesihatan dengan besukan. Pemainan pada separuh masa pertama seimbang namun ketinggalan 2-1, di babak kedua Impian Putra FC tertekan dengan asakan pemain-pemain muda KKPTM akibatnya keduri gol dengan 4 gol dihasilkan oleh pasukan KKPTM dan berkesudahan dengan 1-6. Namun begitu ini baru permulaan, banyak star2 tak turun membarisi Team ini diaharapkan semoga sesiapa yang berhajat nak wakil Taman sila lah datang sekiranya ada perlawanan-perlawanan lain. " Saya amat berbangga dengan Team yang baru dibentuk ini kerana game possesion memang kami yang menang, maklumlah baru main tak tahu macam mana skill masing-masing so keepid up", ulas ketua Pasukan My Impian Putra FC.
Kepada sesiapa yang berminat untuk perlawanan persahabatan boleh lah menghubungi Pengurus pasukan MY IMPIANPUTRA FC saudara Shahrizal 0193512241

Ahad, 24 Mei 2009
SAMBUTAN ULANGTAHUN PERTAMA SURAU AL-IKHLAS TAMAN IMPIAN PUTRA BANGI, SEL

Assalammualaikum..
Kepada Penduduk Taman Impian Putra bersyhukur kita hadarat Allah kerana pada bulan Ogos nanti Pihak Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra akan mengadakan Ulangtahun pertama seterusnya perasmian surau yang sama-sama kita bangunkan ini. Oleh itu pihak AJK surau akan mengadakan berbagai-bagai aktiviti sempena Majlis itu pada Bulan Ogos 2009 nanti. Antara aktiviti yang menarik ialah :
1 hb Ogos 2009
Selepas Solat Maghrib
- Mini Qiamulail
- Sembahyang sunat Tasbih dan Hajat
- Ceramah Agama oleh Ustaz Dr. Badrul Amin
8 hb Ogos 2009
Aktiviti Pameran dan kesihatan Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra Bangi.
Pagi : Berkampung di surau aktiviti merewang
Petang : - Menjemput Anak-anak yatim dari Nur Ezah Sg Merab.
-Mengadakan Boot atau kaunter untuk Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Kaunter Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
- Sesi menderma Darah.
Malam: - Ceramah Agama oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah ( ASTRO OISIS )
Pihak AJK Surau Al-Ikhlas menjemput khususnya penduduk Taman Impian Putra, Bandar Sri Putra serta kawasan-kawasan yang berdekatan untuk hadir ke Majlis Ulangtahun Surau Al-Iklhas Taman Impian Putra. Sekian Terima Kasih.
Khamis, 7 Mei 2009
Keahlian Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra
« on: May 05, 2009,
Keahlian Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra
Assalamualaikum,
Saya pasti tuan/puan ada menerima Surat Pekeliling mengenai Badan Khairat Kematian. Apa yang pasti kematian bukanlah boleh diramal oleh itu saya menyeru pada semua penduduk Taman Impian Putra untuk menyertai Badan Khairat Kematian Surau Al-Ikhlas , Taman Impian Putra dengan mengisi borang dan membayar RM20 bagi satu keluarga untuk satu tahun. Badan Khairat ini bertujuan untuk meringankan beban pada para Qariah yang sedang dilanda musibah dengan memberi anggaran bantuan khairat kematian seperti :
1. Pengurusan Kubur RM325
2. Kain Kafan RM200
3. Papan RM150
4. Kereta Jenazah RM100
5. Mandi Jenazah RM100
6. Belanja Tambahan Rm125
Penerangan Lanjut, serahan borang dan pembayaran atau sekiranya berlaku kematian tuan/puan boleh menghubungi :
1. Abd Rasyid Mohamed (Pengerusi Surau) - 019-384 6522
2. Mohd Suhaimi Yaakub (Tim.Pengerusi Surau) - 019-3142306
3. Mohd Norizam Tomirin (Bendahari Surau) - 019-3894044
4. Fauzi (AJK Khairat Kematian) - 012-3162246
5. Aminuddin A.Rahman (AJK Khairat Kematian) - 013-3387795
Ini semua bagi menghasilkan kesedaran bahawa kita semua akan mati sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).
( Catatan AJK penerangan surau Al-ikhlas oleh En.Anuar)
Khamis, 23 April 2009
Progress Taman Impian Putra Fasa 6

Progress Taman Impian Putra Fasa 6 dalam pembinaan. Jenis Rumah Melati dan Lily dan Rossy. "Macam saya dulu, salesman memang terangkan perbezaan type Melati, Lily dan Rossy selepas kami bertanya......dia juga tunjuk model ketiga2 jenis rumah. Dia juga ada cakap colour Melati akan cat calour pink....... Oleh kerana masa tu tinggal type Melati je..... so kami ambil juga la" kata saudara Nizam yang juga merupakan salah seorang penghulu dalam forum Putra-mahkota.com . Pembinaa yang telah siap adalah sebanyak 70 % dan mungkin boleh diduduki akhir tahun 2009 ini
kiriman snakatak (ehsan gambar nick name putra-mahkota.com :nizam)
Kejohanan Badminton Antara Taman Bandar Seri Putra 2009

Sebagaimana amalan biasa penganjuran Sukan tahunan, tahun ini Kejohanan Sukan Antara Taman2 Bandar Seri Putra anjuran Kelab Sukan Bandar Seri Putra dengan kerjasama semua Persatuan Penduduk akan dimulakan dengan Kejohanan Badminton yang dicadangkan seperti berikut :Tarikah : 16hb Mei 2009 (Perlawanan2 Pusingan Awal) -17hb Mei 2009(Perlawanan Separuh Akhir& Akhir)Tempat : Komplek Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi
Masa : Jam 8 pagi - petangTunggu maklumat lanjut dari Biro Sukan Kelab selepas ini sambil2 itu semua Persatuan Penduduk apa tunggu lagi siapkan Pasukan anda untuk kejohanan ini. Biro Sukan Kelab Sukan Bandar Seri Putra

Masej Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Putra
Assalammualaikum wbrt. dan Selamat Sejahtera.
Kepada penduduk Taman Impian Putra, Bangi yang saya hormati dan kasihi. Saya berharap dan berdoa kepada Allah swt semoga seluruh penduduk Taman Impian Putra, Bangi di dalam keadaan sihat dan ceria selalu disamping keluarga, jiran-jiran dan sahabat-handai.
Alhamdulillah, dengan usahasama serta kerjasama Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 4, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas dan penduduk, dapatlah Persatuan Penduduk Taman Impian Putra menjalankan aktiviti pertamanya iaitu Majlis Gotong-Royong pada 19 hb. April 2009 iaitu pada hari Ahad yang lalu. Dengan penyertaan yang ramai daripada penduduk pada majlis tersebut, dapatlah kita sama-sama membersihkan longkang-longkang dan sampah sarap di taman kita supaya kelihatan bersih dan cantik. Selain dari itu, kita juga dapat mencegah nyamuk aedes dari membiak dan sekaligus menghapuskan penyakit demam denggi di taman kita ini. Dengan adanya majlis seperti ini, dapatlah seluruh penduduk Taman Impian Putra berkerjasama dengan menyumbangkan tenaga serta meluangkan masa dan dapatlah berkenalan antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim sesama kita.
Di kesempatan ini, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Impian Putra ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan penduduk, Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 4 dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas di Taman Impian Putra ini. Saya juga berharap agar kerjasama ini akan berterusan pada aktiviti-aktiviti yang akan pihak persatuan jalankan pada masa yang akan datang.
Sekian, salam hormat dari saya.
Wassalam.
”PENDUDUK BERSATU, MASYARAKAT CEMERLANG”
Yang menjalankan tugas,
Md Khair Bin Arbaeen
Pengerusi,
Persatuan Penduduk Taman Impian Putra,
43000 Bangi, Selangor.
update by snakatak

Selasa, 21 April 2009
Aktiviti gotong-royong Persatuan Penduduk Tmn Impian Putra
BANGI 19 April 09 - Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Bangi telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari Ahad 19 April 2009 baru-baru ini. Ini adalah merupakan aktiviti yang pertama selepas pemilihan pucuk pimpinan yang baru dalam Mesyuarat Persatuan Penduduk Taman Impian Putra yang julung kalinya berlangsung March lalu. Lebih kurang 80 orang hadir dalam majlis ini datang dengan membawa peralatan-peralatan perang sama-sama membersihkan longkang dan membina tangga dari Putra Villa hingga ke belakang surau yang dalam pembinaan itu. Terdapat juga ahli TIP fasa 1 yang mengembeling tenaga membersihkan parit di sekitar TIP Fasa 1. Turut mengambil bahagian Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas yang Pengerusinya Hj Abd Rashid, Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk TIP Fasa 4 dan Jawatankusa Induk Persatuan Penduduk TIP yang diketuai saudara Khir. Majlis bersurai jam 2.30 Petang . Sila lihat laman web bergambar di alamat ini : http://picasaweb.google.com/impianputra/AktivitiGotongRoyong#Sekian dulu laporan dari Bob Snakatak -
Langgan:
Catatan (Atom)