Selasa, 11 Ogos 2009

LAPORAN JENAYAH BANDAR SERI PUTRA TERBARU

Semua Penduduk Yang Dihormati,
Maklumat untuk dikongsi bersama mengenai kejadian pecah masuk rumah di Semi-D, Jalan 6/6, Bukit Mahkota pada hari Sabtu, 01 Ogos 2009 dengan memecah masuk melalui tingkap belakang dan mencuri barang-barang kemas dan barang-barang lain berulang lagi di rumah yang sama pada hari ini, 05 Ogos 2009 lebeh kurang jam 11.00 pagi dengan memecah masuk rumah melalui pintu kayu hadapan. Tuan rumah yang baru balik dari kedai ternampak sebuah kereta Toyota Avanza nombor daftar WMN 2346 berwana kehijauan beredar dari depan rumahnya dan beliau mengesyaki sesuatu lalu mengekori dan mengejar kereta tersebut yang menghala keluar kepersimpangan Bukit Mahkota. Saspek 1 perempuan dan 2 lelaki yang menyedari kereta mereka diekori sejak awal tadi lalu memecut dan berpatah balik masuk semula ke Bukit Mahkota dan menghala keluar melalui Pos Kawalan belakang Bukit Mahkota dan hilang di dalam kawasan perindustrian Nilai. Barang yang dicuri adalah sebuah Laptop.
Dalam masa yang sama, mangsa telah memaklumkan kepada Polis Nilai dan Polis Seremban untuk mengesan penjenayah ini. Kita berharap saspek dapat dikesan dan ditangkap kerana penyangak-penyangak ini selagi bernyawa akan terus mengancam orang ramai di mana jua yang disukainya. Polis mempercayai saspek adalah sama dengan kes kereta Persona TAR 5995 (1 perempuan dan 2 lelaki) yang telah memecah masuk rumah di Jalan SP 3/3 pada 07 Jul 2009. Penyangak ini memang mengiat aktif memecah masuk rumah di BSP dan Bukit Mahkota dengan Mondus O perandi yang sama iaitu bertukar-tukar kereta.
Kepada yang ternampak, terdengar atau mendapat maklumat kereta WMN 2346 berada di kawasan BSP atau di mana jua hendaklah segera memberitahu Polis Bangi ditalian 038925 8222. Sila sebarkan maklumat ini kepada semua rakyat skim masing-masing.

Oleh Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB

Jumaat, 7 Ogos 2009

Sambutan Ulangtahun Surau Al-Ikhlas





8 Ogos 2009
9.00 pg
5.00 ptg
Pameran (dari Badan dan agensi Kerajaan, Swasta & NGO)
Tempat Letak Kereta, Surau Al-Ikhlas, TIP
(Sabtu)


9.00 pg
5.00 ptg
Perkhidmatan Kaunter Informasi/ Perancangan Kewangan PNB
Tempat Letak Kereta, Surau Al-Ikhlas, TIP

9.00 pg
2.00 ptg
Pemeriksaan Kesihatan Percuma (tajaan Takaful Ikhlas)*
Tempat Letak Kereta, Surau Al-Ikhlas, TIP

9.00 pg
5.00 ptg
Gerai Jualan
Tapak Tadika, (Bersebelahan Surau Al-Ikhlas)

9.00 pg
10.00 pg
Taklimat daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

10.15 pg -11.15 pg
Ceramah daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

11.30 pg-12.30 tgh
Ceramah daripada Amanah Raya Berhad (ARB)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

12.40 tgh-1.30 tgh
Ceramah daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

1.30 ptg-1.45 ptg
Solat Zohor


2.00 ptg-3.00 ptg
Ceramah Kesihatan
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

3.15 ptg-4.30 ptg
Ceramah Motivasi untuk pelajar sekolah
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

- Bersama Anak-Anak Yatim


4.45 ptg-5.00 ptg
Solat Asar

7.30 ptg-7.45 ptg
Solat Maghrib

7.50 ptg-9.00 mlm
Ceramah Agama - oleh Prof. Madya Dr. Mohd Arip bin Kasmo
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP

Pensyarah Pusat Pengajian umum UKM


9.00 mlm-9.15 mlm
Solat Isyak

9.15 mlm

Jamuan Makan & Bersurai








Rabu, 29 Julai 2009

IMPIAN PUTRA F.C KONSISTANT






oleh MAZIDUL AKMAL SIDEK 999 TV3


STADIUM PAVILION UKM -25 Julai 09

AKHIRNYA satu kemengan lagi dijelmakan oleh skuad Impian Putra FC apabila dapat membalas kekalahan lepas dengan membenam pasukan PTMUKM dengan jaringan tipis 1-0, dari awal lagi menyaksikan sentuhan gemilang pemain-pemain TIP dengan kawalan bola yang menarik terutama dari bahagian belakang pasukan iaitu permain pertahanan, berbadan sasa dan walaupun bebanan di perut melebihi muatan namun tetap memberikan komitmen yang tinggi dalam perlawanan kali ini di separuh masa pertama serangan demi serangan di lakukan oleh pihak lawan namun kekentalan pemain pertahanan TIP yang terdiri dari otai-otai melemahkan pasukan lawan dalam mengatur strategi jentera serangan mereka. Pemain penyerang seperti Nizam fasa1 tampak bergaya mengawal bola namun setiap pergerakan terbatas apabila sentiasa kehilangan bola di kaki. separuh masa pertama berkedudukan 0-0.Di separuh masa kedua rombakan secara besar-besaran di lakukan oleh Accelloti Catkekapor apabila mengeluarkan habis pemain di separuh masa pertama menggantikan dream team 2nd. Beliau agak berpuashati apabila melihat anak buahnya bermain seperti skuad diseparuh masa pertama bermakna ada 2 team yang boleh dihantar ke Champion League kelak iaitu Team Impian Putra team A & team B. Man of the match ialah pemain yang baru saja di beli dengan harga 7.9 juta Rupiah iaitu abe..pemain pertahanan termasuk Tuan Dobi (siapa namanya alahai dah lupa) adik Nizam, Dan dan beberapa pemain baru dan semuda usia anak bang nuar dengan abg nuar sekali (TIP anak beranak) bermain di separuh masa kedua. Di minit ke 69 satu hantaran pendek dari bawah iaitu abe terus ke snakatak dan lorongan cantik dari (siapa ntah sori kalau pemberita lupa nama) pakai jersi no 11 ke anak abg din iaitu saudara wan jersi no 7 terus merembat bola dari tengah hasil nya goollllllllll.. sehingga ke minit akhir PTMUKM menukar taktik menaikan pemain sayap nya yang laju iaitu saudara Yoep namun tersekat dek kekabalan benteng pertahan TIP F.C dan berakhir dengan kemenangan di tempat lawan 1-0. BERNAMA

Isnin, 13 Julai 2009

Surat Penghargaan Untuk semua dari AJK Surau Al-Ikhlas TIP


Merujuk kepada tajuk di atas ini adalah surat penghargaan untuk semua yang menjayakan surau AL-IKHLAS ini .Ucapan ribuan terimakasih yang tak terhingga kepada mereka yang menjayakan projek ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah merahmati sekelian di dunia mahupun di akhirat. Sekian Terimakasih.

Sabtu, 11 Julai 2009

PEMBUKAAN RASMI SURAU AL-IKHLAS TAMAN IMPIAN PUTRA BANGI SEL D.E







BANGI 2 JULAI 09 -"Ku mohon pada mu ya allah agar di berikan sebuah madrasah untuk kami sama-sama bersembahyang dan beribadah kepada mu ya allah, perkenankanlah doa kami dan berikanlah kami kekuatan , permudahkanlah usaha kami untuk membina tempat suci mu ya allah agar iman dan ukwah kami sentiasa di lindungi oleh mu, serta keluarga, bangsa dan agama."

Setelah projek ini berjalan lebih dari 6bulan yang lalu akhirnya terbinalah surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra hasil dari kerjasama ahli Qariah dan orang perseorangan yang memberi bantuan dari segi usaha dan wang ringgit. Pemberian sumbangan dan wakaf surau juga merupakan salah satu kecepatan projek ini berjalan sehingga terbinanya Surau untuk semua tidak kira dari mana tempat tinggal terutamanya di Bandar Sri Putra ini.

Oleh itu pembukaan rasmi surau telah di lansungkan pada 2 Julai 09 yang lalu bermula dengan Solat Maghrib, bacaan Yassin ,tahlil, Solat hajat dan syukur serta Solat Isyak. Para hadirin juga di hidangkan dengan juadah yang telah disediakan oleh ahli-ahli qariah. Terima kasih kepada penduduk-penduduk Putra Villa, Pangsapuri Sri Mawar, Putera Teres dan lain-lain yang hadir pada malam itu kerana kesudian hadir di Majlis ini.
Dengan adanya Madrasah ini agar ukwah dan silatulrahim lebih erat diantara penduduk dan ahli qariah. Tentunya dapat memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk di sekitar Taman Impian Putra dan kawasan kejiranan TIP.

Isnin, 29 Jun 2009

Aktiviti membersikan dan mengemas surau Al-Ikhlas









28 Jun 2009-
Surau Al-ikhlas telah pun dipasangkan karpet dan usaha-usaha membersihkannya telah pun di jalankan pada malam 28 jun yang lalu ..Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Berikut foto aktiviti pada malam itu.

Perlawanan Persahabatan Impian Putra FC vs Pusat Teknologi Maklumat UKM











STADIUM PAVILION UKM-27 JUN 09

Pasukan Bolasepak Impian Putra bermain buat julung kalinya berhadapan dengan pasukan Kelab kakitangan Pusat Teknologi Maklumat UKM Sabtu lalu di padang UKM. Perlawanan ini adalah perlawanan pembukaan untuk Impian Putra FC, sememangnya bermain untuk beriadah di samping merapatkah ukwah antara penduduk Taman Impian Putra dan menjaga kesihatan dengan besukan. Pemainan pada separuh masa pertama seimbang namun ketinggalan 2-1, di babak kedua Impian Putra FC tertekan dengan asakan pemain-pemain muda KKPTM akibatnya keduri gol dengan 4 gol dihasilkan oleh pasukan KKPTM dan berkesudahan dengan 1-6. Namun begitu ini baru permulaan, banyak star2 tak turun membarisi Team ini diaharapkan semoga sesiapa yang berhajat nak wakil Taman sila lah datang sekiranya ada perlawanan-perlawanan lain. " Saya amat berbangga dengan Team yang baru dibentuk ini kerana game possesion memang kami yang menang, maklumlah baru main tak tahu macam mana skill masing-masing so keepid up", ulas ketua Pasukan My Impian Putra FC.

Kepada sesiapa yang berminat untuk perlawanan persahabatan boleh lah menghubungi Pengurus pasukan MY IMPIANPUTRA FC saudara Shahrizal 0193512241


Ahad, 24 Mei 2009

SAMBUTAN ULANGTAHUN PERTAMA SURAU AL-IKHLAS TAMAN IMPIAN PUTRA BANGI, SEL






















Assalammualaikum..


Kepada Penduduk Taman Impian Putra bersyhukur kita hadarat Allah kerana pada bulan Ogos nanti Pihak Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra akan mengadakan Ulangtahun pertama seterusnya perasmian surau yang sama-sama kita bangunkan ini. Oleh itu pihak AJK surau akan mengadakan berbagai-bagai aktiviti sempena Majlis itu pada Bulan Ogos 2009 nanti. Antara aktiviti yang menarik ialah :



1 hb Ogos 2009



Selepas Solat Maghrib


- Mini Qiamulail


- Sembahyang sunat Tasbih dan Hajat


- Ceramah Agama oleh Ustaz Dr. Badrul Amin



8 hb Ogos 2009


Aktiviti Pameran dan kesihatan Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra Bangi.


Pagi : Berkampung di surau aktiviti merewang


Petang : - Menjemput Anak-anak yatim dari Nur Ezah Sg Merab.


-Mengadakan Boot atau kaunter untuk Permodalan Nasional Berhad (PNB)


- Kaunter Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .


- Sesi menderma Darah.




Malam: - Ceramah Agama oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah ( ASTRO OISIS )



Pihak AJK Surau Al-Ikhlas menjemput khususnya penduduk Taman Impian Putra, Bandar Sri Putra serta kawasan-kawasan yang berdekatan untuk hadir ke Majlis Ulangtahun Surau Al-Iklhas Taman Impian Putra. Sekian Terima Kasih.