Ahad, 18 Januari 2009

Lagi Gambar-Gambar Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430

Gambar-gambar ini diambil oleh seorang jurugambar amatur, oleh itu kualiti gambarnya adalah tidak "cun".. harap maaf.

Sambutan Maal Hijrah 1430 , adalah Hijrah yang bermakna pada TIP kerana penglibatan aktif Muslimah sewaktu penyediaan jamuan

"Chief" Muslimah Puan Nora (Puan Nora, yang sedang bergaya menunjukkan skill mengacau masakan)

Persediaan bahan-bahan masakan berjalan dengan lancar dengan adanya Muslimah membantu dengan gigihnya

Chief @ Chef jamuan Encik Safran, bertopi putih (alamak snap je dia toleh..sorry yer bos) dan pembantu-pembantu chef sedang bergaya. (saya yang berbaju belang tu ... eksyen je tu kacau lauk)

Jabatan Penerangan Taman Impian Putra sedang membuat hebahan & pengumuman ( nasib baik takde orang tahan ingatkan pembeli paper lama, sorry yer bang gurau-gurau hehe..)



Sukarelawan yang bertungkus lumus membasuh ayam... sedapkan ayam bakar tu..

Sedang membincangkan masalah negara.. bakal-bakal wakil rakyat.

Minta-minta jangan la hujan ... makbul doa tak hujan pun walaupun mendung

Ini ialah antara gambar-gambar yang saya sempat rakamkan, saya berharap tidak ada yang marah atau kecil hati dengan gurauan saya dalam blog ini.

Oleh : DrCoOL

Selasa, 13 Januari 2009

Gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430

Salam semua,

Sila klik di bawah untuk melihat gambar-gambar di sekitar Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 para penduduk Taman Impian Putra yang berlangsung pada Sabtu lepas di taman permainan Fasa 4.

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar.

Jumaat, 9 Januari 2009

Boikot Barangan Yahudi - US

Dah tak larat nak tengok dalam paper dan nak dengar berita , hari-hari ada kematian yang melibatkan insan comel yang tidak berdosa disebabkan oleh kekejaman Yahudi dan disokong oleh "Uncle Sam". Bayangkan anak-anak kita di Malaysia yang aman damai lagi permai ini anak-anak kita dijaga hak dan keselamatan mereka, tapi di Gaza mereka menjadi "shooting target" Rejim Yahudi.

Nak pergi berperang kita tidak berkemampuan menjadi Polis Dunia, tapi kita mampu menjadi Penguatkuasa Produk, kita "ban" produk yang membiayai peluru dan bom yang membunuh saudara-saudara Islam kita di Palestin.

Klik sini untuk lihat senarai produk Yahudi :

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Kalau kita nak ban semua produk nampaknya macam mustahil , ini ialah kerana produk tersebut telah berakar umbi di Malaysia malah di dunia. Tambahan pula ada produk-produk yang tidak dapat tidak kita kena beli dan guna seperti produk ICT. Oleh itu kita boleh boikot produk seperti produk makanan yang melibatkan makanan segera dan restoran. Produk harian seperti Colgate dan lain-lain.

Produk makanan dan harian , telah banyak dikeluarkan oleh pengilang Islam seperti ubat gigi oleh Mu'min, Coke kita ganti Saudi Cola atau Cola lain McDonald dan KFC kita ban dan kita pergi Restoran 1901 pada hemat saya ia adalah 100% Islam tokehnya. Apa kurangnya produk tempatan dan orang Muslim punya , ia sama hebat dengan produk Yahudi!.

Post Oleh :

DrCoOL

Khamis, 8 Januari 2009

Pembinaan Surau Kekal Impian Putra

Sumber Kewangan Diperlukan



Syukur kehadrat Ilahi, pada 7 Januari 2009, tapak bagi membina surau kekal Taman Impian Putra telah disukat bordernya. Penyelaras En.Suhaimi (Setiausaha Pembinaan Surau dan Kutipan Wakaf) telah membuat tanda dengan memasang tali diperimeter tapak surau tersebut.



Kita patut bersyukur kerana tapak telah direzabkan , kita tidak perlu lagi meminta-minta atau tercari cari tapak untk membina tempat kita untuk sujud padaNya. Apa yang perlu ialah sumber kewangan bagi merealisasikan impian kita, oleh itu saya menyeru pada semua penduduk Taman Impian Putra untuk menyumbang melalui Konsep Wakaf, derma ikhlas atau sebagainya.

WAKAF PEMBINAAN SURAU ialah RM20 SETIAP KAKI PERSEGI, untuk borang dan pertanyaan lanjut sila hubungi :
1. Pengerusi Surau - En.Rashid - 019384 65 22
2. Setiausaha Surau - En.Suhaimi - 019 - 314 23 06


Sekiranya memerlukan borang WAKAF tuan/puan bolehlah menghubungi no diatas atau saya 019-257 0023.

Semoga impian kita untuk mempunyai surau sendiri akan terlaksana AMIN...

Di Post Oleh:

DrCoOL