Khamis, 8 Januari 2009

Pembinaan Surau Kekal Impian Putra

Sumber Kewangan Diperlukan



Syukur kehadrat Ilahi, pada 7 Januari 2009, tapak bagi membina surau kekal Taman Impian Putra telah disukat bordernya. Penyelaras En.Suhaimi (Setiausaha Pembinaan Surau dan Kutipan Wakaf) telah membuat tanda dengan memasang tali diperimeter tapak surau tersebut.



Kita patut bersyukur kerana tapak telah direzabkan , kita tidak perlu lagi meminta-minta atau tercari cari tapak untk membina tempat kita untuk sujud padaNya. Apa yang perlu ialah sumber kewangan bagi merealisasikan impian kita, oleh itu saya menyeru pada semua penduduk Taman Impian Putra untuk menyumbang melalui Konsep Wakaf, derma ikhlas atau sebagainya.

WAKAF PEMBINAAN SURAU ialah RM20 SETIAP KAKI PERSEGI, untuk borang dan pertanyaan lanjut sila hubungi :
1. Pengerusi Surau - En.Rashid - 019384 65 22
2. Setiausaha Surau - En.Suhaimi - 019 - 314 23 06


Sekiranya memerlukan borang WAKAF tuan/puan bolehlah menghubungi no diatas atau saya 019-257 0023.

Semoga impian kita untuk mempunyai surau sendiri akan terlaksana AMIN...

Di Post Oleh:

DrCoOL

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tAHNIAH DIATAS KEWUJUDAN BLOG INI. SEMOGA KEDIAMAN IMPIAN SETIAP PUTRA DAPAT MENJADI REALITI. DAN DIHARAP AGAR TOPIK BERKAITAN POLITIK X DIBINCANG/DEBAT DI RUANGAN INI KERANA IA BOLEH MEMUSNAHKAN PERPADUAN DAN SEMANGAT KEJIRANAN YG ADA.

IMPIAN PUTRA berkata...

Yer Betul!!, Blog ni bukan blog politik